Food Truck Vs Cloud Kitchen. Mana lebih jimat?

mula busines food truck

Food truck merupakan konsep perniagaan yang sering menjadi pilihan banyak peniaga makanan kerana modal permulaannya yang kecil. Namun, tidak ramai yang tahu tentang konsep Cloud Kitchen yang turut menjimatkan modal. Food Truck Vs Cloud Kitchen, mana lebih baik? 

Konsep food truck bermula daripada Amerika Syarikat dan mula popular di Malaysia sejak 6 atau 7 tahun yang lalu. Konsep ini menjadi ikutan kerana menawarkan penjimatan kos yang besar berbanding konsep perniagaan makanan yang lain. 

Walaupun begitu, sejak beberapa tahun yang lalu, Malaysia juga telah diperkenalkan dengan konsep Cloud Kitchen sebagai alternatif untuk memulakan atau mengembangkan perniagaan makanan dengan penjimatan kos yang besar. 

Jadi adakah Food Truck masih berbaloi dan relevant pada hari ini? Apakah perbezaan di antara dua konsep ini? Mana satu lebih berbaloi bagi peniaga makanan? 

Teruskan membaca kerana kami akan rungkaikan satu per satu perbezaan dan kelebihan dua konsep ini agar dapat membantu anda membuat pilihan! 

Food Truck Vs Cloud Kitchen 

1. Kos Permulaan

Bagi mereka yang ingin memulakan perniagaan makanan kos permulaan merupakan aspek yang sangat penting. Lebih-lebih lagi sekiranya mempunyai modal permulaan yang terhad. 

Berikut merupakan anggaran kos permulaan untuk memulakan bisnes Food Truck. 

Mengikut SMEinfo, kos untuk memulakan perniagaan food truck adalah RM23,580.00. Ini belum tidak termausk kos penghiasan trak dan juga kos pemasaran. 

food truck kos
credit: www.smeinfo.com.my

Jika anda sudah garu kepala dengan kos yang diperlukan untuk bisnes Food Truck, jangan risau! Kerana masih ada lagi satu konsep bisnes untuk modal rendah; iaitu Cloud Kitchen. 

Cloud Kitchen adalah konsep peniagaan makanan yang hanya fokus pada online delivery dan take-away sahaja. Konsep ini tidak menawarkan pelanggan ruang tempat makan.

Dengan kata lain, di Cloud Kitchen anda hanya perlu uruskan sewa, deposit sewa, utiliti dan pekerja anda. Banyak penjimatan yang boleh dinikmati sebab semuanya sudah diuruskan oleh kami. 

Malah, anda juga tak perlu pening kepala tentang dokumen atau borang pendaftaran untuk memulakan perniagaan. Kerana Cloud Kitchen seperti kEATchen yang menyediakan sokongan dari segi operasi sudah uruskan semuanya. 

Apa yang anda perlu? Menu, peralatan memasak, bahan masakan dan tukang masak. Tahniah! Anda sudah boleh memulakan operasi di kEATchen Cloud Kitchen. 

2. Kos Operasi 

Jika disebut sahaja kos operasi, dua aspek utama yang bermain di fikiran peniaga makanan adalah sewa dan pekerja. 

Tenaga Pekerja: 

Food Truck kebiasaanya akan memerlukan 3 orang operator atau pekerja. Untuk menerima pesanan dan pembayaran, penyediaan makanan dan pembungkusan. 

Manakala Cloud Kitchen hanya memerlukan 2 orang sahaja. Seorang untuk penyediakan makan dan seorang lagi pada bahagian pembungkusan makanan. 

Sewa Premis: 

Food Truck tidak mempunyai sewa premis tetapi sebaliknya hanya perlu membayar ansuran bulanan trak tersebut. 

Amaun bayaran ini sama sahaja seperti mana-mana kadar bayaran bulanan pinjaman yang dilakukan di bank atau dengan pihak ketiga, ianya bergantung pada jumlah pinjaman, kadar faedah dan tempoh pinjaman. 

Selain itu, kebanyakkan Food Truck beroperasi dengan ruang sebanyak 80-120sqft. Tetapi, lebih besar saiz food truck anda maka harga food truck anda akan jadi lebih tinggi. 

Manakala bagi Cloud Kitchen pula, sewa yang anda boleh dapatkan bermula dari RM1800 sebulan untuk 120sqft. Sama seperti Food Truck, harganya turut berbeza mengikut keluasan dapur. 

Berita baiknya, kebanyakkan Cloud Kitchen telah dilengkapi dengan barangan keperluan asas untuk memasak dan bersifat ‘delivery ready’. Jadi anda tidak perlu mengeluarkan kos lebih untuk mengubahsuai apa-apa pun. 

Malah, konsep Cloud Kitchen juga terkenal kerana berteknologi tinggi. 

Sebagai contoh, ruangan memasak di kEATchen telah dilengkapi dengan sistem berteknologi tinggi untuk bantu anda menguruskan jumlah pesanan yang tinggi dari food delivery platform yang berbeza. 

Baca juga: How to cut your F&B Operations Costs Effectively

3. Risiko

Semua jenis perniagaan mempunyai risikonya yang tersendiri. 

Bagi mereka yang baru hendak memulakan perniagaan risiko yang paling ditakuti adalah ‘gulung tikar’. 

Jika dibandingkan antara Food Truck dan Cloud Kitchen, Food Truck mempunyai risiko kerugian yang lebih besar kepada peniaga. 

Ini adalah kerana Food Truck memerlukan peniaga untuk melaburkan lebih banyak wang dan tenaga pada peringkat permulaan bisnes. 

Seperti pemilihan lokasi, pemilihan trak, pelekat dan hiasan trak, deposit trak, pinjaman bank, , kelulusan pihak berkuasa (PUSPAKOM & JPJ) dan pelbagai lagi. 

Sekiranya anda ingin menutup operasi Food Truck anda, ianya agak rumit untuk anda mencairkan segala aset yang ada telah peroleh sebelum memulakan perniagaan anda. 

Walhal untuk Cloud Kitchen pula anda seperti menyewa bilik. Jika bisnes makanan anda tidak dapat diteruskan maka anda boleh jual atau guna semula peralatan makanan yang telah dibeli dan mula semula di lokasi baharu dengan konsep perniagaan dan jenama yang baru.

Food Truck Atau Cloud Kitchen?

Food truck sememangnya menjadi pilihan ramai peniaga makanan, lebih-lebih lagi golongan muda. 

Walau bagaimanapun, tidak dapat dinafikan bahawa Food Truck merupakan pilihan yang  sangat popular. Namun, ini juga mengakibatkan persaingan menjadi sangat sengit.

Tambahan lagi apabila berada di kawasan yang ramai pengunjung, sewa tapak akan menjadi lebih mahal dan lebih banyak Food Truck akan turut meniaga. 

Oleh itu, wajar untuk anda pertimbangkan konsep Cloud Kitchen yang baru diperkenalkan semenjak beberapa tahun yang lalu. Konsep ini menawarkan modal permualaan, kos operasi dan risiko yang rendah.

Sekiranya anda perlukan maklumat lebih lanjut tentang Cloud Kitchen, jangan segan dan hubungi kami sekarang! 

kEATchen mempunyai dua cawangan Cloud Kitchen di Ara Damansara dan Ampang Jaya. Anda juga boleh mendapatkan lawatan percuma di kEATchen melalui laman web rasmi kami di www.keatchen.my 

Isi sahaja maklumat yang diperlukan dan wakil kami akan menghubungi anda.

Food truck merupakan konsep perniagaan yang sering menjadi pilihan banyak peniaga makanan kerana modal permulaannya yang kecil. Namun, tidak ramai yang tahu tentang konsep Cloud Kitchen yang turut menjimatkan modal. Food Truck Vs Cloud Kitchen, mana lebih baik?  Konsep food truck bermula daripada Amerika Syarikat dan mula popular di Malaysia…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *